Posts

sebuah perjalanan

Assalamualaikum...  apa khabar diri?  semoga kau sentiasa dalam rahmat dan redha Allah  aku tau kau penat, tapi kau perlu teruskan perjalanan ini..  kerana apa? kerana hidup ini sebuah perjalanan dan bukannya sebuah perlumbaan yakinlah.. Allah ada sentiasa untuk kau wahai diri..   tapi, kalau kau penat, rehatlah sebentar.. ambil masa secukupnya sebelum meneruskan semula perjalananmu menuju Dia macam mana kau nak rehat? terpulang pada kau.. kau boleh meluangkan masa bercuti, melakukan aktiviti yang kau gemari, atau sekadar berehat di rumah.. tapi.. tempat berehat paling aman dan tenang adalah ketika solat dan terutamanya ketika kau sujud dan ketika kau menadahkan kedua tanganmu.. ketika itu.. luahkan semuanya yang terpendam kepadaNya.. dan  yang paling romantis.. walaupun kau tak tau nak luahkan.. Allah tau semuanya yang kau rasakan ketika itu.. kau hanya perlu ungkapkan.. Ya Allah, bantulah aku, aku lemah Ya Rabb, aku serahkan semuanya kepadaMu...Roman...

Alhamdulillah

Kalau dahulu.. Aku pernah sayang pada seorang kawan Aku pernah ambil berat pada seorang kawan Aku pernah sehabis baik cuba untuk membantu seorang kawan Tapi.. Aku sedar.. hati itu milik Allah dan hidayah juga milik Allah..  Sudah selesai tugasku sebagai seorang kawan dalam membantunya..  Sudah tiba masa untuk aku pergi.. Pergi untuk mencari redhaNya dan untuk mencari diriku semula yang tenang dan juga untuk aku lebih sayang kepada diri sendiri.. Andai tertulis ada rezeki untuk kami bertemu dan berkawan semula.. alhmdulillah.. semoga pertemuan itu membawa kebaikkan.. tetapi sekiranya tiada lagi pertemuan.. semoga perpisahan ini adalah perpisahan yang diredhaiNya.. Selamat tinggal kawan, selamat tinggal sahabat.. Kenanglah daku dalam versi terbaik yang pernah kamu lihat.. maaf atas khilafku.. semoga kamu sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.. Alhmdulillah, terima kasih Ya Rabbi atas peluang dan pengalaman yang Kau beri kepadaku.. Alhamdulillah..

Allah Uji kerana Allah Sayang

Assalamualaikum 🤗 Macam mna sambutan hari raya semalam? Kali ni kami sekeluarga beraya di PD.. ubah angin sikit bak kata our mom 🤭. Kami semua onz shj 🤗 Dunia dan ujian berpisah tiada.. sebab apa tau.. sbb disebalik ujian itulah ada lubuk emas yang kita boleh kaut pahala (emas) sebanyak-banyaknya.. plus.. dunia ni hanya persinggahan.. dh nama pun persinggahan.. mmg bnyk kurangnya.. ibarat mcm rnr lah.. secantik mna pun rnr tu, sure x seselesa rumah kn? Ha.. mcm tu juga perbezaan dunia and syurga nnti.. bahkan, nikmat syurga jauh berjuta2 kali lg indah.. jadi, jom sama2 latih diri utk sentiasa bersyukur dgn nikmat n ujian yang ada.. sbb dgn ujian tu insyaAllah dapat mendekatkn diri seorg hamba dgn Allah (Sang Pencipta) Ujian itu boleh dtg dlm bentuk kesenangan dan juga kesusahan or kesedihan or kehilangan.. ketahuilah, ujian kesenangan itu lebih sukar sbb disaat senanglah manusia lebih mudah lupa dan tersasar dari mengingati Allah.  Ketahuilah, ujian hadir kerana Allah sayang pad...

Menikmati Alam

 Assalamualaikum..  Apa khabar diri? Apa khabar semua? Hari ni aku ke pantai lagi.. menikmati keindahan ciptaanNya.. ketenangan yang tak bisa ku ungkapkan.. walau hanya sekadar mendengar deruan ombak yang menghempas ke pantai.. melihat langit yg biru dengan awan yang indah.. semuanya indah dan tenang.. sambil2 tu tersenyum melihat keletah kanak2 yang asyik bermain pasir pantai dan berlari di tepian pantai.. aku turut ketawa menyelami keriangan hatinya.. pasir2 yang halus dan air yang sejuk sangat mendamaikan.. Alhamdulillah... Alhamdulillah atas peluang ini Ya Allah..  Dunia.. ujian.. penat.. gelisah.. sedih.. you name it.. jelas, dunia ini penuh dengan ujian dan mehnah.. tahap kesukaran ujian mungkin tak sama untuk semua... Benarlah kata Allah.. di mana, Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.. Tapi.. apa yang beza.. adalah bagaimana cara kita melihat dan bertindak balas terhadap ujian itu..  Jujur.. aku penat... Penat dengan semuanya.. desakan manusi...

Hanya seorang gadis biasa

Assalamualaikum w.b.t Apa khabar semua? Hihi.. perasan sorg2 sat.. tak pasti kalau akan ada yang akan baca tulisan seorang insan kerdil bernama hidayah ni.. Sebagai pengenalan ringkas.. nama diberi, Nurul Hidayah.. anak kelahiran Pulau Mutiara.. menetap di Selangor sejak tahun 1995, seawal usia 2 tahun.. alhamdulillah so far masih single 🤭 Tujuan saya buat blog ni hanyalah untuk mengisi masa lapang dan untuk simpanan sendiri. Tapi kalau ada isi dari perkongsian/tulisan saya yang boleh menjadi iktibar dan pengajaran, harap boleh membantu anda (pembaca) dalam menghadapi dunia yang penuh onak and duri. Sampai ketemu lagi 🤭🤗