sebuah perjalanan

Assalamualaikum...

 apa khabar diri? 

semoga kau sentiasa dalam rahmat dan redha Allah 

aku tau kau penat, tapi kau perlu teruskan perjalanan ini.. 

kerana apa? kerana hidup ini sebuah perjalanan dan bukannya sebuah perlumbaan

yakinlah.. Allah ada sentiasa untuk kau wahai diri..  

tapi, kalau kau penat, rehatlah sebentar.. ambil masa secukupnya sebelum meneruskan semula perjalananmu menuju Dia

macam mana kau nak rehat? terpulang pada kau.. kau boleh meluangkan masa bercuti, melakukan aktiviti yang kau gemari, atau sekadar berehat di rumah.. tapi.. tempat berehat paling aman dan tenang adalah ketika solat dan terutamanya ketika kau sujud dan ketika kau menadahkan kedua tanganmu.. ketika itu.. luahkan semuanya yang terpendam kepadaNya.. dan  yang paling romantis.. walaupun kau tak tau nak luahkan.. Allah tau semuanya yang kau rasakan ketika itu.. kau hanya perlu ungkapkan.. Ya Allah, bantulah aku, aku lemah Ya Rabb, aku serahkan semuanya kepadaMu...Romantik kan Allah.. 

ketahuilah diri.. semua ujian kehilangan, kesedihan, kesakitan.. adalah cara untuk Allah dekatkan semula hatimu and dirimu yang mungkin sedikit jauh dariNya.. Allah cemburu kalau kita terlalu mengharapkan dan bergantung kepada yang lain.. ketahuilah.. Allah menyayangi dan mencintaiMu.. sebab itu Allah beri ujian itu kepadamu..

kalau Allah tak sayang.. Allah akan biarkan kamu terus lalai dengan dunia...

terima kasih Ya ALLAH..

ampunilah aku kerana terlalu lama aku ambil masa untuk memahami bahasa cintaMU

Ya Rabb.. jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa ingat dan bersyukur kepadaMu dalam senang dan susah dan lebih2 lahi dalam keadaan menerima nikmatMu...

izinkanlah aku meneruskan perjalanan ini sesuai masa yang berbaki dalam rahmat dan redhaMu.. pimpinlah daku dan peluklah daku dalam rahmatMu...




Comments

Popular posts from this blog

Menikmati Alam

Hanya seorang gadis biasa

Alhamdulillah