Alhamdulillah
Kalau dahulu..
Aku pernah sayang pada seorang kawan
Aku pernah ambil berat pada seorang kawan
Aku pernah sehabis baik cuba untuk membantu seorang kawan
Tapi..
Aku sedar.. hati itu milik Allah dan hidayah juga milik Allah..
Sudah selesai tugasku sebagai seorang kawan dalam membantunya..
Sudah tiba masa untuk aku pergi..
Pergi untuk mencari redhaNya dan untuk mencari diriku semula yang tenang dan juga untuk aku lebih sayang kepada diri sendiri..
Andai tertulis ada rezeki untuk kami bertemu dan berkawan semula.. alhmdulillah.. semoga pertemuan itu membawa kebaikkan.. tetapi sekiranya tiada lagi pertemuan.. semoga perpisahan ini adalah perpisahan yang diredhaiNya..
Selamat tinggal kawan, selamat tinggal sahabat..
Kenanglah daku dalam versi terbaik yang pernah kamu lihat.. maaf atas khilafku.. semoga kamu sentiasa dalam rahmat dan redhaNya..
Alhmdulillah, terima kasih Ya Rabbi atas peluang dan pengalaman yang Kau beri kepadaku..
Alhamdulillah..
Comments
Post a Comment