Allah Uji kerana Allah Sayang
Assalamualaikum 🤗
Macam mna sambutan hari raya semalam? Kali ni kami sekeluarga beraya di PD.. ubah angin sikit bak kata our mom ðŸ¤. Kami semua onz shj 🤗
Dunia dan ujian berpisah tiada.. sebab apa tau.. sbb disebalik ujian itulah ada lubuk emas yang kita boleh kaut pahala (emas) sebanyak-banyaknya.. plus.. dunia ni hanya persinggahan.. dh nama pun persinggahan.. mmg bnyk kurangnya.. ibarat mcm rnr lah.. secantik mna pun rnr tu, sure x seselesa rumah kn?
Ha.. mcm tu juga perbezaan dunia and syurga nnti.. bahkan, nikmat syurga jauh berjuta2 kali lg indah.. jadi, jom sama2 latih diri utk sentiasa bersyukur dgn nikmat n ujian yang ada.. sbb dgn ujian tu insyaAllah dapat mendekatkn diri seorg hamba dgn Allah (Sang Pencipta)
Ujian itu boleh dtg dlm bentuk kesenangan dan juga kesusahan or kesedihan or kehilangan.. ketahuilah, ujian kesenangan itu lebih sukar sbb disaat senanglah manusia lebih mudah lupa dan tersasar dari mengingati Allah.
Ketahuilah, ujian hadir kerana Allah sayang pada hamba2Nya.. bersyukurlah saat kamu diuji dan dgn ujian itu membuat kamu lebih dekat kepadaNya.. Allah uji kerana Allah sayang.
Para sahabag dan ulama juga ada yg sampai takut apabila dirinya tak diuji.. kerana mereka takut Allah lupakan mereka.. subhanallah.. besarnya jiwa mereka
Take care friends 🤗
Comments
Post a Comment