Menikmati Alam

 Assalamualaikum.. 

Apa khabar diri? Apa khabar semua?

Hari ni aku ke pantai lagi.. menikmati keindahan ciptaanNya.. ketenangan yang tak bisa ku ungkapkan.. walau hanya sekadar mendengar deruan ombak yang menghempas ke pantai.. melihat langit yg biru dengan awan yang indah.. semuanya indah dan tenang.. sambil2 tu tersenyum melihat keletah kanak2 yang asyik bermain pasir pantai dan berlari di tepian pantai.. aku turut ketawa menyelami keriangan hatinya.. pasir2 yang halus dan air yang sejuk sangat mendamaikan.. Alhamdulillah... Alhamdulillah atas peluang ini Ya Allah.. 

Dunia.. ujian.. penat.. gelisah.. sedih.. you name it.. jelas, dunia ini penuh dengan ujian dan mehnah.. tahap kesukaran ujian mungkin tak sama untuk semua... Benarlah kata Allah.. di mana, Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya..

Tapi.. apa yang beza.. adalah bagaimana cara kita melihat dan bertindak balas terhadap ujian itu.. 

Jujur.. aku penat... Penat dengan semuanya.. desakan manusia.. battle against myself especially dlm menghadapi kesedihan yang ada.. sekarang aku berada di fasa.. melepaskan... berdamai dengan diri sendiri dan juga memyerahkan semuanya bulat2 dan secara total kepadaNya... Bukan kerana aku menyerah tapi.. sebab aku dah cuba yang terbaik.. sehinggakan memakan diri sendiri.. hasilnya? Aku serahkan kepada Dia.. sudah kulunaskan tanggungjawabku sebagai seorang teman dan sahabat..

Ya Allah, andai persahabatan ini Kau redhai.. Kau pautkanlah hati kami kerana Kau.. tapi sekiranya persahabatan ini tak baik untuk kami, Kau jauhkanlah kami dan Kau jadikanlah Aku redha dengan ketentuanMu, sesungguhnya aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang tak kuketahui, Kau medengar apa yang tidak kudengar dan Kau melihat apa yang x ku nampak.. Ya Allah, hanya dua yang kupinta untuk dia.. Kau peliharalah dia dari keburukkan dunia dan akhirat.. Ya Allah Yang Maha membolak balikkan hati.. Kau yang memegang hati sahabatku... Kau kurniakanlah petunjuk buatnya dan Kau bukakanlah hatiNya untuk melihat dan menerima kebenaranMu.. 

Buat teman.. sahabat.. terima kasih untuk semuanya.. tak pernah sesaat terdetik penyesalan kerana mengenalimu.. banyak yang telah aku pelajari sepanjang tempoh persahabatan ini.. maaf atas kekurangan diri dan terima kasih sekali lagi untuk semuanya.. semoga kau sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.. 

Dari dahulu hingga kini.. alam tak pernah gagal dalam menghadirkan ketenangan dalam diri ini.. terima kasih kepada Sang Pencipta atas nikmat dan kesempatan yang masih ada...

Alhamdulillah


Comments

Popular posts from this blog

Hanya seorang gadis biasa

Alhamdulillah